PERKEMBANGAN EMOSI KANAK-KANAK
Pengenalan
Emosi adalah apa-apa pengalaman sedar yang dicirikan oleh aktiviti mental yang sangat mencabar dan tahap keseronokan atau ketidakselesaan tertentu. Emosi sering dikaitkan dengan perasaan, perlakuan, keperibadian dan motivasi. Dalam beberapa teori, kognisi adalah aspek penting emosi. Mereka yang bertindak terutama pada emosi yang mereka rasa mungkin kelihatan seolah-olah mereka tidak berfikir, tetapi proses mental masih penting, terutama dalam penafsiran peristiwa. Sebagai contoh, kesedaran yang kita percaya bahawa kita berada dalam keadaan yang berbahaya dan rangsangan sistem saraf badan kita (degupan jantung yang cepat dan pernafasan, berpeluh, ketegangan otot) adalah penting kepada pengalaman perasaan takut kita. Bagaimanapun, mereka mendakwa bahawa emosi adalah berasingan dan boleh mendahului kognisi.
Emosi adalah kompleks. Mengikut beberapa teori, mereka menyatakan perasaan yang mengakibatkan perubahan fizikal dan psikologi yang mempengaruhi tingkah laku kita. Fisiologi emosi berkaitan erat dengan rangsangan sistem saraf dengan pelbagai keadaan dan kekuatan rangsangan yang berkaitan dengan emosi tertentu. Emosi juga dikaitkan dengan kecenderungan tingkah laku. Orang ramai semakin cenderung untuk bersikap sosial dan menunjukkan emosi mereka, sementara orang yang introvert lebih cenderung lebih menarik diri dan menyembunyikan emosi mereka. Emosi sering menjadi pendorong di belakang motivasi, positif atau negatif. Menurut teori-teori lain. Emosi bukanlah daya tarikan sebab tetapi hanya sindrom komponen, yang mungkin merangkumi motivasi, perasaan, tingkah laku, dan perubahan fisiologi, tetapi tidak ada satu pun dari komponen ini adalah emosi.
Emosi melibatkan komponen yang berbeza, seperti pengalaman subjektif, proses kognitif, tingkah laku ekspresif, perubahan psikofisiologi, dan tingkah laku instrumental. William James dengan pengalaman subjektif dan tingkah laku instrumental. Baru-baru ini, emosi dikatakan terdiri daripada semua komponen. Komponen emosi yang berbeza dikategorikan agak berbeza bergantung pada disiplin akademik. Dalam psikologi dan falsafah, emosi biasanya merangkumi pengalaman yang subjektif dan yang dicirikan terutamanya oleh ungkapan psikofisiologi, reaksi biologi, dan keadaan mental. Contohnya, Peggy Thoits menggambarkan emosi seperti yang melibatkan fisiologi komponen, budaya atau emosi label (kemarahan, kejutan dan lain-lain.), tindakan ekspresif badan, dan menilai situasi dan konteks.
Emosi dapat didefinisikan
sebagai pengalaman positif atau negatif yang dikaitkan dengan corak aktiviti
fisiologi tertentu. Emosi menghasilkan perubahan fisiologi, tingkah laku dan
kognitif yang berbeza. Peranan emosi yang asal adalah untuk memotivasi kelakuan
penyesuaian yang pada masa lalu akan menyumbang kepada kelangsungan hidup
manusia. Emosi adalah tindak balas kepada peristiwa dalaman dan luaran yang
penting.
Jenis emosi atau perasaan kanak-kanak
1. Gembira😀 - Membantu kanak-kanak atau remaja berfikir bagaimana melahirkan rasa seronok dan menggalakkan mereka bercakap mengenai sesuatu yang mereka sukai.
2. Marah😡 - Membantu mencari jalan bagaimana menghadapi halangan untuk mendapat sesuatu yang dicitakan dan mengenal erti kesabaran, belajar melahirkan perasaan geram dalam bentuk yang bersesuaian dan mencari jalan penyelesaian.
3. Takut😖 - Rasa terancam, suatu motivasi ingin memastikan keselamatan diri dari aspek fizikal dan psikologi. Merangsang kanak-kanak melahirkan fikiran dan perasaan takutnya, mencari jaminan mendapat ketenangan dan ketenteraman.
4. Sedih😔 - Kehilangan, tidak mendapat apa yang dikehendaki menjadikan kanak-kanak berusaha lebih mendapat apa yang dicita, mencurah perasaan dan berfikir bagaimana mengatasi rasa sedih.
5. Geli 😧- Selalunya dikaitkan dengan makanan, bau dan pandangan, suatu yang semula jadi menjadikan seseorang kanak-kanak berhati-hati agar tidak ‘terkena’ apa yang yang beliau geli. Perasaan ini perlu dihormati dan bantu mereka mencari sebab mengapa mereka berperasaan begitu.
6. Cemas😵 - Asalkan tidak keterlaluan, sebenarnya ia membantu kanak-kanak berusaha mengambil langkah mengelak diri dari menghadapi masalah, belajar menahan perasaan bimbang dan bertindak proaktif untuk menunjukkan sesuatu yang terbaik.
7. Malu 😶- Menjadikan kanak-kanak menyedari kepentingan perilaku yang baik dan mengelak daripada melakukan sesuatu yang dikatakan memalukan. Ini membantu mereka mengawal tingkah laku mereka sendiri.
8. Rasa bersalah 😢- Wujud bila kanak-kanak melakukan sesuatu yang dianggap ‘keluar’ dari ’standard’ tingkah laku yang baik. Si kecil akan berusaha untuk tidak dianggap bersalah dengan berakhlak sebaik mungkin dan sekiranya kesalahan tetap atau sudah dilakukan, perasaan ini merangsang kanak-kanak meluahkan perasaan dan menyedari agar berusaha untuk tidak mengulangi pada waktu yang lain.
9. Rasa bangga 😎- Tercetus bila seseorang kanak-kanak terasa dihormati/dihargai oleh orang lain atau bila ia mencapai apa yang diharapkan seperti merangsang mereka meluahkan apa yang membuatkan mereka merasa bangga dan memberi peluang berkongsi rasa bangga, puas dan gembira.
Menurut Dr. Sharifah Nor, dalam perkembangan sosio emosi pula ia adalah untuk membolehkan mereka ( kanak-kanak ) dapat mengurus dan memahami emosi sendiri, mencapai emosi yang positif, membina kemahiran sosial dan membina keyakinan untukmenghadapi cabaran dalam kehidupan harian.
Pada peringkat pertengahan ini, kanak-kanak mengawal emosinya berasaskan pemikiran. Mereka menganggap satu cara untuk tidak sedih dengan cara memikirkan sesuatu yang akan lebih menggembirakannya.
Kanak-kanak akhir pula merupakan peringkat yang dikenali sebagai pra remaja. Mereka akan mengalami emosi yang menfokuskan terhadap tubuh badannya. Mereka bimbang dengan apa yang orang sekeliling fikirkan tentang diri mereka dan keinginan yang tinggi untuk privasi dan sangat sensitif terhadap tubuh badan. Kanak-kanak pada peringkat akhir pula mengalami perubahan di mana mereka sudah mula “jauh” dengan ibubapa. Mereka juga lebih selesa bersendirian melayan perasaan.
Kanak-kanak mempunyai autonomi kurang berbanding orang dewasa, dan sering kurang mampu untuk meluahkan pemikiran dan perasaan mereka melalui kata-kata. Jadi bermain boleh menjadi suatu perkara yang penting bagi mereka. Kanak-kanak yang menghadapi masa yang sukar atau menyedihkan, atau yang telah mengalami kesan akibat perpisahan atau kehilangan, boleh dibantu dengan menggunakan permainan supaya mereka dapat berkongsi akan pengalaman yang dilalui. Tidak seperti orang dewasa yang mampu menjelaskan perkara dalam fikiran mereka, kanak-kanak perlu menzahirkan apa yang difikirkan melalui bermain.
Apa itu terapi bermain? Terapi bermain adalah satu bentuk kaunseling atau psikoterapi yang menggunakan permainan untuk berkomunikasi dan membantu orang, terutamanya kanak-kanak, untuk mencegah atau menyelesaikan cabaran psikososial. Ini dipercayai untuk membantu mereka ke arah integrasi sosial, pertumbuhan dan pembangunan yang lebih baik, mengawal emosi dan trauma. Oleh demikian, bermain adalah merupakan bahasa bagi kanak-kanak. Bermain adalah satu bentuk keriangan, satu aktiviti yang menyeronokkan yang menaikkan semangat dan memberi sisi pandangan lain terhadap kehidupan. Melalui bermain juga, membantu kanak-kanak mengembangkan ekspresi diri, pengetahuan, potensi dan refleksi kendiri . Selain itu, bermain juga dapat melegakan tekanan perasaan dan kebosanan, menghubungkan kita kepada orang lain dengan cara yang positif, merangsang penerokaan dan pemikiran kreatif dan mengawal emosi. Kenapa terapi bermain penting bagi kanak-kanak?
Menurut Piaget (1926) dalam teori perkembangan kognitif, perkembangan kanak-kanak melalui empat fasa. Dua fasa terawal adalah fasa sensori motor dan fasa pra-operasi yang merujuk kepada usia kanak-kanak di bawah tujuh tahun. Kanak-kanak dalam fasa ini masih kurang perbendaharaan kata. Kekurangan perkataan menyukarkan komunikasi secara lisan kerana fonologi, semantik dan sintak yang belum sempurna dan akan menyebabkan komunikasi antara kanak-kanak dan orang dewasa terbatas. Justeru itu, apabila berlaku sebarang isu atau masalah dalam diri kanak-kanak, mereka lebih cenderung untuk menunjukkan aksi pada perbuatan, ekspresi pada muka dan boleh jadi hanya mendiamkan diri tanpa sepatah kata.
Oleh itu, penggunaan terapi bermain adalah satu alternatif untuk meneroka masalah sosio-emosi kanak-kanak dengan lebih mudah tanpa perlu bergantung sepenuhnya kepada literasi perkataan yang belum mereka peroleh bagi mewakili ekspresi yang ingin disampaikan.
Kesan emosi kepada kanak-kanak
Gangguan emosi merupakan satu situasi yang menunjukkan seseorang individu mengalami konflik dalaman yang sukar untuk diatasi olehnya. Kamus Dewan telah memberi maksud gangguan emosi adalah akibat konflik yang tidak dapat diselesaikan dan dicirikan dengan keresahan sama ada melalui pertuturan atau perlakuan tertentu. Konflik atau gangguan dalaman akan memberi kesan ke atas tingkah laku seseorang. Gangguan emosi berlaku apabila situasi atau masalah yang dihadapi melebihi kebolehan seseorang untuk mengatasinya. Gangguan emosi boleh dialami oleh sesiapa sahaja termasuk kanak-kanak terutama murid-murid sekolah.
- Berbincang secara peribadi dengan murid tersebut untuk mengenal pasti punca gangguan emosi.
- Memberi perhatian dan penghargaan yang sesuai kepadanya
- Memberi motivasi, dorongan dan sokongan yang positif untuk meningkatkan keyakinan diri dan konsep kendiri.
- Merujuk murid tersebut kepada kaunselor sekolah.
- Berbincang dengan ibu bapa atau penjaga.
- Kepimpinan guru dan pentadbir yang demokratik
- Strategi dan kaedah pengajaran guru yang pelbagai dapat memenuhi kehendak dan keperluan murid.
- Mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif.